Cik Muslimah: MURTAD ?

pastel*.゜


Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Assalamualaikum... Welcome to my blog, Just me And My Little World ^^ !


owner

Contact Me

credits
7:13 PG | 0 Bow(s)
MURTAD ?

Assalamualaikum...
Harini Neesah nak cerita psl murtad..
''Murtad ? Apakah itu murtad ?''

  1. Murtad secara umumnya : 
  • Murtad berasal drpd perkataan ''riddah'' yg bermaksud kembali drpd sesuatu, yakni keluar drpd agama islam yang dianuti
  • Murtad boleh berlaku dgn pelbagai cara sama ada melalui perbuatan, perkataan atau dgn niat, dengan agenda utamanya untuk menyekutukan Allah
  • Murtad juga boleh berlaku apabila mengingkari agama Islam atau salah satu rukun islam
  • Dua unsur penting dlm jenayah murtad ialah :                                                                                       - Tindakan keluar drpd islam melalui perbuatan yang dilarang oleh islam                                               - Mempunyai niat melakukannya dengan sengaja
  • Gejala murtad semakin menular tanpa disedari seperti tawaran ganjaran kewangan, pengedaran risalah2 yg mengelirukan serta isu semasa seperti kalimah Allah yang ingin digunakan oleh agama lain sebagai rujukan kpd tuhan mereka.
  • Jenayah murtad boleh memberi kesan kpd pembubaran perkahwinan, hak perwalian, hak atas harta pusaka dan lain2 lagi.
    
     2. Apakah antara faktor penyebab murtad ?
  • Kurang didikan agama semenjak kecil lagi kepada anak2
  • Ibu bapa yg mengambil mudah tentang pengetahuan agama
  • Sebahagian guru di sekolah jarang menerapkan nilai agama dalam diri pelajar
  • Pergaulan bebas tanpa sempadan antara jantina
  • Orang awam keliru akibat percakaran sesama ahli agama
  • Nilai islam termasuklah sunnah Rasulullah s.a.w semakin terhakis
  • Terlalu mengagungkan budaya Barat sehinggakan budaya islam dipinggirkan
  • Media massa tidak memainkan peranannya untuk mempromosikan islam
  • Birokrasi daripada pihak agama yang mempunyai autoriti
     3. Bagaimanakah hukuman murtad menurut perspektif syarak
  • Murtad termasuk dlm kategori dosa besar yg tidak diampunkan oleh Allah S.W.T melainkan taubat
  • Hal ini berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 217 yang bermaksud: "Sesiapa antara kamu yg murtad yakni keluar menjadi kafir semula drpd agama islam, lalu dia mati dlm keadaan kafir, maka org yg demikian rosak binasalah amal usahanya (yg baik) didunia dan di akhirat, serta mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya."
  • Hukuman murtad hanya dijalankan apabila tamat tempoh seseorang untuk bertaubat. Tempoh masa bertaubat mempunyai banyak khilaf.
  • Hukuman murtad salah satu daripada hukuman hudud yang ditetapkan oleh Allah Taala.
  • Tidak ada peruntukan khusus mengenai kesalahan murtad yang dikuatkuasakan di Malaysia kecuali, sebelum dijatuhkan hukuman hendaklah diperintahkan supaya bertaubat tiga dan/atau menjalani kursus pemulihan akidah
  • Sekiranya pesalah murtad masih ingin meneruskan hasratnya keluar daripada agama islam, maka mahkamah syariah boleh memenjarakan selama lima tahun maksimum atau denda.
     4. Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengatasi jenayah murtad ?

  • Serius menangani isu pencemaran akidah kerana ia bukan jenayah yang biasa
  • Penekanan ilmu agama perlu bermula semenjak kecil. Agama perlu dijadikan asas dlm setiap tindakan.
  • Pembelajaran Al-Quran dan sunnah perlu diberi perhatian khusus dalam subjek2 di sekolah
  • Institut masjid lebih proaktif dan mesra dgn anak muda
  • Media massa memainkan peranannya dari segi tayangan file ataupun drama yg lebih berunsurkan islam...
- Jangan sesekali kita main2 pasal perkara ini..Keran ia berkait rapat dgn Agama Allah... Itu sahaja yg dpt Neesah kongsikan... Jika ada sebarang kesilapan mohon ditegur... Wallahu a'lam Assalamualaikum..

0 Ulasan:


Catat Ulasan