Sempurnakan Mandimu
Assalamualaikum...
Seorang kanak2 perempuan mahupun lelaki yang menginjak ke usia baligh, wajib untuk melaksanakan manji wajib. Apa itu mandi wajib ? Adakah tidak sama mandi wajib dengan mandi rutin yang kita lakukan ?
Mandi wajib ialah mandi yang wajib kita lakukan untuk membersihkan diri bagi seorang lelaki mahupun wanita disebabkan beberapa faktor. Meninggalkannya boleh menyebabkan seseorang terhalang daripada melaksanakan ibadah kepada Alla.
Apakah faktor yg mewajibkan seseorang untuk mandi wajib ?
- Keluar air mani sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
- Jimak
- Keluarnya darah haid dan nifas
- Keluarnya darah wiladah
- Mati kecuali mati syahid
Kali ini, Neesah ingin kongsikan tatacara mandi wajib yang sepatutnya kita lakukan. Kesilapan pemahamam dan ketidaksempurnaan melaksanakannya boleh menyebabkan ibadah yang dilakukan tidak diterima oleh Allah. Bahkan mendapat azab pula di akhirat kelak.
TATACARA MANDI WAJIB
Mandi yang sempurna sudah tentu mandi yang mengikut stail Baginda s.a.w. Menurut Syeikh Muhammad Ali Qutb, beliau menggariskan beberapa tatacara mandi wajib sebagai panduan kita . Antaranya :
YANG WAJIB
- Berniat " Aku mandi wajib untuk membersihkan hadas besar kerana Allah "
- Bersihkan seluruh anggota badan daripada perkara yang menghalang air drpd terkene kulit
- Ratakan air ke seluruh anggota dengan sempurna termasuk kawasan : - Pusat - Pelipat lengan, ketiak dan lutut - Celahan jari kaki dan kuku - Kawasan kemaluan depan dan belakang - Lipatan pada perut dan pinggang - Rekahan di tumit kaki
YANG SUNAT
- Berwuduk dan mulakan dgn bismillah
- Mulai dengan bahagian atas sehingga bawah; dari kepala sehingga kaki
- Lalukan air di sebelah kanan terlebih dahulu dan barulah sebelah kiri
Selepas selesai dan sempurna mandi wajib tersebut, ucapkanlah alhamdulillah sebagai tanda syukur atas nikmat-Nya atas dosa2 yg terpalit pada diri...
0 Ulasan:
Catat Ulasan