Cik Muslimah: ~ Ganjaran besar solat berjemaah ~

pastel*.゜


Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Assalamualaikum... Welcome to my blog, Just me And My Little World ^^ !


owner

Contact Me

credits
2:29 PG | 0 Bow(s)
~ Ganjaran besar solat berjemaah ~

Assalamualaikum....
Salah satu petanda keistimewaan umat Muhammad ialah ganjaran besar yang dikurniakan solat berjemaah :


Antara ganjaran2nya ialah :


  • Mendapat 27 darjat            
Daripada ibnu umar r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda : ''Pahala solat berjemaah mengatasi solat bersendirian dgn 27 darjat''


  • Diampunkan dosa 
Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: '' Sesiapa yang berwuduk dgn sempurna , kemudian mendirikan solat berjemaah, lalu Allah akan mengampunkan dosa2nya..

  • Bebas dan selamat dari seksa api neraka dan terhindar daripada sifat munafik


Daripada Anas bin Malik r.a berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda: '' Sesiapa yg solat secara berjemaah serta sempat bersama imam pada takbir yg pertama selama 40 hari, nescaya Allah akan menetapkan untuknya dua keselamatan; pertama, selamat drpd api neraka. Kedua, selamat drpd menjadi seorang yg munafik..

  • Mendapat berkat mengamin, bertasmi' dan bertahmid

Drpd Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila imam berkata, 'sami Allahu liman hamidah', maka hendaklah kamu menjawab 'rabbana walakalhamdu'. Sesungguhnya jika jawapan org itu berbetulan dengan jawapan malaikat ( di langit ), maka Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu.

  • Dikasihi Allah
Dari Qubasy bin 'Asim r.a., Nabi s.a.w bersabda: ''Berjemaah dua org, dan seorang daripadanya menjadi imam itu adalah lebih baik di sisi Allah daripada solat empat org bersendirian. Berjemaah empat org lebih baik drpd solat lapan org bersendirian dan solat lapan org dgn salah seorang daripadanya menjadi imam adalah lebih baik drpd solat seratus org bersendirian.''


Demikianlah apa yg Neesah hendak beritahu... Jika ada sebarang kesilapan mohon ditegur kerana Neesah hanyalah manusia biasa yg mempunyai kesilapan... Wallahu a'lam Assalamualaikum.... :)






0 Ulasan:


Catat Ulasan