Entry About Shout Friends Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
1:59 PG | 0 Bow(s)
Syurga Ganjaran Kebaikkan...
MAKSUD SYURGA:
•BAHASA ARAB (Al Jannah) :
Sebuah taman yang indah di
penuhi dengan pelbagai nikmat
dan keselesaan.
•SYARA’ :
Suatu tempat yang penuh dengan
nikmat disediakan oleh Allah bagi
hamba-hamba yang beriman dan beramal
soleh selepas mereka dibangkitkan di hari akhirat.
KEPENTINGAN BERIMAN
KEPADA SYURGA
1- Melengkapkan rukun iman dan
memastikan kesahihan akidah.
2- Menggalakkan manusia melakukan kebaikan.
3- Meyakinkan bahawa kebaikan akan diberi
ganjaran baik pada hari akhirat.
NAMA-NAMA SYURGA
•JANNATULNAIM-TEMPAT DIPENUHI NIKMAT
•DARUSSALAM - TEMPAT YANG SELAMAT
•JANNATUL MA’WA - TEMPAT BERTEDUH
•JANNATUL FIRDAUS - TEMPAT KEDIAMAN
•JANNATULADN - TEMPAT KEDIAMAN
•DARUL KHULUD - TEMPAT YANG KEKAL
•MAKOMUN AMIN - TEMPAT YANG AMAN
BUKTI KEWUJUDAN SYURGA
•Banyak ayat al-quran dan hadis yang menerangkan mengenai
syurga.
•Rasullullah SAW telah melihat syurga dan keadaan
penghuninya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.
•Nabi Adam dan Hawa pernah tinggal di Syurga sebelum diturunkan di bumi.
•Terdapat para sahabat yang dijanjikan dengan syurga pada hari akhirat.
KETINGGIAN NIKMAT SYURGA
1 Kata-kata aluan dan ucapan lunak diucapkan
kepada penghuni syurga.
2 Pakaian dan persalnan sutera dan perhiasan
emas serta perak.
3 Bidadari dan wildan (remaja-remaja lelaki)
sentiasa menemani penghuni syurga.
4 Makanan lazat terhidang mengikut citarasa
penghuninya
5 Mahligai indah daripada emas dan perak.
6 Buminya terdiri daripada perak dan air
sungai daripada susu, madu, arak dan air yang lazat.
7 Taman indah terbentang luas dipenuhi pohon serta
alunan suara yang merdu.
8 Dapat melihat wajah ALLAH SWT (nikmat paling besar
kurniaan ALLAH SWT).
HIKMAH ALLAH SWT
MENGADAKAN SYURGA
1 Menjadi motivasi untuk pahala kepada
ALLAH SWT dan melakukan amalan soleh.
2 Mengingatkan manusia,setiap pengorbanan
di dunia akan diberi ganjaran istimewa
di akhirat.
3 Bukti kebesaran dan rahmat ALLAH SWT terhadap
hamba yang beriman dan beramal soleh.
4 Memberi kesedaran bahawa nikmat dunia adalah
sedikit berbanding nikmat syurga.
|
0 Ulasan:
Catat Ulasan