![]() |
![]() Entry About Shout Friends Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
![]() ![]() ![]() Jangan salahkan aku. Manusia memang bodoh! Hahahaha! Kenapa aku kata bodoh? Baru disajikan dengan syurga dunia, sudah lupa pada syurga yang hakiki. Semuanya mahukan kesenangan di dunia sedangkan Syurga akhirat lagi bagus. Manusia memang bodoh. Selalu sahaja termakan pujukan aku. Aku cuma bisik sikit je. Iman dah goyah. Bila manusia nampak kemaksiatan, aku pasti akan membuatkan maksiat itu manis di hadapan matanya. Aku bagi contoh. Si lelaki dah naik gila tengok perempuan seksi. Aku cuma bisik: " Weh, kau pergilah pikat dia. Konfem kau dapat dia." Tak sampai sesaat, mereka dah terbabas! Hahahaha! Bodoh! Bodoh! Aku cuma cakap sikit je, kau dah goyah. Hahahaha! Nanti di akhirat nanti, aku tahu akan ramai manusia yang akan menyalahkan aku terhadap apa yang mereka lakukan. Sorry ok. Korang yang buat jangan nak salahkan aku. Takkan kau manusia dah lupa, aku pernah meminta daripada Allah, untuk hidup hingga ke kiamat semata-mata untuk melihat cucu Nabi Adam terbakar dalam Neraka bersama aku! Oh, lupa, nama lagi manusia yang perkataannya pun dah bawak maksud lupa. Jadi jaga-jagalah, mungkin kau manusia yang sedang baca ni akan jadi mangsa aku ke seterusnya. Muahahaha! Yang benar, Syaitan tak salah. ![]() ![]() ![]() |
0 Ulasan:
Catat Ulasan