Entry About Shout Friends Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
9:35 PG | 0 Bow(s)
Hentikan pemakaian Baju ADIK ! Hentikan pemakaian baju adik. " Makk! Mak!" Terdengar jeritan halus dari anak kecil. Si ibu menoleh dan terlihat anak kecilnya dikejar kakaknya. Sampai sahaja berdekatan ibunya, si anak kecil menyorok di belakang ibunya. Si kakak seperti mahu menerkam tetapi belum sempat menerkam, ibunya menjerkahnya. " Kau ni kenapa kejar adik ni? Dah buang tabiat?" Si kakak diam. Si adik kelihatan takut tetapi disebabkan ibunya kini di pihaknya, dia pun berkata: " Mak! Kakak pakai baju adik! Nampak aurat Mak! Dia jalan-jalan dekat kampung. Ustazah kata, tak elok pakai baju yang mendedahkan aurat!" Si kakak geram lalu membentak adiknya: " Eh, baik sikit ok. Ni baju kakaklah!" Si adik terdiam, " Kalau tu baju kakak, kenapa baju tu kecik? Sukalah tu orang tengok pakai baju macam tu. Adik malu tengok kakak macam ni." Si ibu memandang kakak. " Kamu ni, ingatkan da besar, boleh tunjuk tauladan baik untuk adik, tengok-tengok adik terlajak pandai dari kakaknya." Si kakak tunduk menahan geram. Moral value: Biarlah baju adik ke baju sendiri ke, kalau ia mendedahkan aurat, tetap berdosa. Jadi tunjuklah akhlak yang baik pada si kecil. |
0 Ulasan:
Catat Ulasan