Cik Muslimah: MARAH ??

pastel*.゜


Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Assalamualaikum... Welcome to my blog, Just me And My Little World ^^ !


owner

Contact Me

credits
12:34 PG | 0 Bow(s)
MARAH ??

Assalamualaikum... Harini Neesah nak ckp pasal marah... ''Takyahlah ckp psl marah nih sbb semua org pernah ada perasaan marah'' Yer betul... Tapi Neesah nak ckp psl - Ingat 5 perkara bila marah -

Marah perlu dikawal, jika tidak boleh mendatangkan penyakit dan menyebabkan pelbagai keburukan lain. Jika marah, segeralah tenangkan diri. Janganlah ikutkan perasaan tetapi gunalah akal mengawal emosi. Antara langkah yang boleh diambil untuk mengubati marah ialah :


  1. Cuba ingat kembali anjuran syariat agar kita menahan kemarahan, dan kelebihan2 pemaaf, penyantun dan menanggung perilaku buruk. Insya-Allah jiwa anda akan inginkan pahala yang dijanjikan kerana menolak kemarahan itu. Anda juga akan menentang keinginan  membalas dendam, dan perasaan marah dalam diri akan terhapus.
  2. Ingatlah ancaman Allah s.w.t dan seksaan-Nya jika anda teruskan sifat marah itu. Adakah anda akan terselamat daripada kemurkaan-Nya ?
  3. Ingatlah tentang akibat permusuhan dan pembalasan dendam mereka yang memusuhi anda. Mereka menjatuhkan kehormatan, menjaja keburukan dan berasa suka jika anda ditimpa bencana. Adakah anda suka perkara buruk yang mereka lakukan itu? Fikirkan keburukan akibat marah di dunia ini, bagaimana pula akibat dosanya di akhirat kelak ? 
  4. Bayangkan rupa hodoh seseorang apabila marah. Adakah wajah anda ketika marah juga seburuk itu? Kemudian bayangkan pula wajah rupa seorang yang penyantun dan sentiasa tenang tidak suka marah2. Wajah dan perilaku manakah yang lenih anda sukai?
  5. Fikirkan apa sebab anda marah, ingin membalas dendam dan tidak dpt menahan perasaan marah itu? Mungkin ada syaitan yang berbisik2 agar anda menunjukkan kelemahan, kehinaan dan kerendahan diri anda!
  • Tahanlah api kemarahan kerana Allah s.w.t semata-mata. Amalkan mengucap ''A'uzubillahi minasyaitanirrajim'' yang bermaksud ''Aku berlindung kpd Allah dri syaitan yang direjam . Jika anda sedang berdiri, duduklah. Jika duduk, baringlah. Sunat juga bagi orang yang sedang marah untuk mengambil wuduk kerana kemarahan itu berpunca dari api, dan api boleh dipadamkan dgn air....

Itu sahaja yang dpt Neesah kongsikan pd hari ini... Diharapkan dpt dijadikan pengajaran buat kita.... Wallahu a'lam Assalamualaikum...


0 Ulasan:


Catat Ulasan